Program Pendidikan Pencegahan
Dadah merupakan satu program yang wajib dilaksanakan di semua sekolah di
seluruh Negara. Melalui program ini, semua maklumat mengenai PPDa yang meliputi
input-input bahaya dadah,rokok,inhalan,alkohol dan HIV/AIDS akan sampai kepada
warga sekolah. Manual panduan pengurusan ini dijangka dapat membantu pihak
sekolah untuk melaksanakan program PPDa disekolah dengan jayanya.
VISI
"SEKOLAH BEBAS DADAH"
MISI
Melaksanakan
program bagi melahirkan murid bebas dadah melalui program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek
pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
MATLAMAT
- Supaya murid mempunyai pengetahuan, kesedaran dan keinsafan tentang penyalahgunaan dadah di kalangan warga sekolah
- Bersama-sama menjauhi dan menentang ancaman dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/AIDS dengan meletakkan sasaran “SEKOLAH BEBAS DADAH”
OBJEKTIF
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
- Cemerlang dari segi sahsiah
- Membina ketahanan diri dan jati diri
- Berfikiran secara kreatif, kritis dan inovatif dalam melaksanakan program PPDa di sekolah-sekolah
No comments:
Post a Comment