MAKLUMAT ASAS
Bahan Kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Inhalan juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap (Volatile). Ia dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau meransangkan perubahan minda.
JENIS-JENIS
Pelarut/Cecair
Bahan Gas
Aerosol
Bahan Nitrik
KESAN PENGAMBILAN
Bahan ini boleh bertindak dengan menjadikan penggunanya berasa khayal, kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak. Perasaan khayal ini akan berterusan selama 15 minit sehingga ke 2 jam. Sekiranya kuantiti atau kepekatan inhalan itu tinggi, pengguna mungkin hilang deria rasa dan seterusnya tidak sedarkan diri.
MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk yang serta merta dan juga jangka panjang. Kesan yang serta merta adalah seperti berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, terhoyong-hayang, emosi kurang stabil dan kehilangan deria sakit. Kesan jangka panjang pula adalah seperti kerosakan sel otak dan organ utama, gangguan penglihatan, sakit jantung dan kematian mengejut.
No comments:
Post a Comment