MAKLUMAN
PERJUMPAAN KHIDMAT BANTU MENTOR LALUAN PPDa

TARIKH:
-2 SEPT 2015
-30 SEPT 2015
-15,22,28 OKT 2015

TEMPAT: SMK TOK PERDANA

PENGENALAN




Program Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan satu program yang wajib dilaksanakan di semua sekolah di seluruh Negara. Melalui program ini, semua maklumat mengenai PPDa yang meliputi input-input bahaya dadah,rokok,inhalan,alkohol dan HIV/AIDS akan sampai kepada warga sekolah. Manual panduan pengurusan ini dijangka dapat membantu pihak sekolah untuk melaksanakan program PPDa disekolah dengan jayanya.

VISI
"SEKOLAH BEBAS DADAH"


MISI
           Melaksanakan program bagi melahirkan murid bebas dadah melalui program           Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bersepadu dan menyeluruh daripada            aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan          sahsiah.

MATLAMAT
  •            Supaya murid mempunyai pengetahuan, kesedaran dan keinsafan tentang penyalahgunaan dadah di kalangan warga sekolah     
  •  Bersama-sama menjauhi dan menentang ancaman dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/AIDS dengan meletakkan sasaran “SEKOLAH BEBAS                               DADAH”


OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
  • Cemerlang dari segi sahsiah
  • Membina ketahanan diri dan jati diri
  • Berfikiran secara kreatif, kritis dan inovatif dalam melaksanakan program PPDa di sekolah-sekolah



No comments:

Post a Comment