MAKLUMAN
PERJUMPAAN KHIDMAT BANTU MENTOR LALUAN PPDa

TARIKH:
-2 SEPT 2015
-30 SEPT 2015
-15,22,28 OKT 2015

TEMPAT: SMK TOK PERDANA

Monday, 26 October 2015

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN DALAM AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN LIMA DI SMK TOK PERDANA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN DALAM AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN LIMA DI SMK TOK PERDANA


Oleh:

Hazlita Bt. Ibrahim
Zainol bin Hj.Darus
Firdaus Hakim B. Baharuddin
SMK Tok Perdana, Sitiawan

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpast ifaktor-faktor yang mempengarhui perlakuan merokok di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Perdana, Sitiawan, Perak. Persoalan utama yang dikaji ialah faktor diri sendiri, faktor rakan sebaya dan faktor keluarga.Kajian ini melibatkan20 orang pelajar lelaki menengahatas yang terdiri dari pada tingkatan lima di SMK Tok Perdana, Sitiawan. Responden yang dipilih dalam kajian ini hanya melibatkan pelajar yang telah dikenal pasti mempunyai rekod merokok melalui buku rekod kaunseling sejak   tingkatan satu.Kajian ini juga menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Berdasarkan analisis daripada dapatan kajian, mendapati faktor rakan sebaya adalah faktor yang lebih kuat dalam mempengaruhi pelajar merokok berbanding dengan faktor keluarga dan diri sendiri. Terdapat 60 peratus responden yang mengatakan bahawa terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya dan 40 peratus memilih faktor diri sendiri dan keluarga sebagai sebab utama penglibatan dalam amalan rokok.Dengan adanya hasil kajian ini, pihak tertentu dapat memainkan peranan masing-masing agar masalah ini dapat dikawal bersama-sama.Keputusan kajian keseluruhan mendapati faktor rakan sebaya adalah faktor yang lebih kuat dalam mempengaruhi pelajar merokok berbanding dengan faktor keluar gadan diri sendiri.

1.0       PENGENALAN

Pelajar sekolah menengah merupakan satu kumpulan remaja yang berada di tahap umur 13 hingga 19 tahun. Pada tahap umur ini, mereka biasanya akan melakukan apa sahaja dengan tujuan untuk mencuba atau meneroka sesuatu yang baru seperti amalan merokok. Pada kebiasaannya, golongan ini sudah mula belajar merokok ketika di bangku sekolah lagi.Terdapat banyak faktor yang mendorong mereka untuk terlibat dalam amalan merokok. Dari sudut kesihatan pula, tabiat merokok boleh memudaratkan sistem kesihatan badan. Rokok telah dianggap satu-satunya punca kematian utama yang boleh dielakkan pada masa kini. Perangkaan di peringkat antarabangsa menunjukkan terdapat 1.1 bilion perokok di seluruh dunia dan mengakibatkan kematian kira-kira empat juta orang setahun atau satu kematian bagi setiap lapan saat. Di Malaysia pula, terdapat kira-kira 10,000 kematian setiap tahun yang dikaitkan dengan amalan merokok dan kadar tersebut semakin membimbangkan berdasarkan peningkatan kes. Jumlah tersebut menggambarkan terdapat 38 kematian sehari atau 1.2 kematian setiap jam berpunca daripada amalan merokok. Amalan merokok bermula sewaktu remaja, mereka yang tidak merokok sewaktu usia remaja berkemungkinan besar tidakakan memulakan amalan ini ketika menjelang dewasa. Kajian yang dijalankan mendapat 90 peratus remaja mula merokok ketika usia remaja dan 70 peratus dari nyaakan menjadikannya sebagai amalan harian. Majoritinyaakan meneruskan amalan ini ketika menjelang dewasa. Disamping masalah kesihatan yang bakal dihadapi oleh golongan ini akibat amalan merokok, mereka juga berpotensi untuk terjebak dengan amalan penggunaan dadah dikemudian hari. Apa yang paling membimbangkan ialah rokok juga membawa kepada ketagihan dadah. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Merokok dan Kesihatan (ASH), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Prof Madya Dr. Lekhraj Rampal, perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana kebanyakan penagih bermula dengan rokok sebelum beralih kepada dadah. Beliau menyarankan kerajaan melaksanakan kempen ”Tak Nak Kepada Rokok” secara agresif dengan menjadikan golongan kanak-kanak, remaja, pelajar sekolah dan university sebagai sasaran utama kempen tersebut. Ini kerana jika tidak dibendung lebihawal,tidak mustahil golongan tersebut boleh terjerumus kekancah penagihan dadah.

2.0       PERNYATAAN MASALAH

Masalah dsiplin seperti merosakkan harta benda sekolah, bergaduh, merokok dan sebagainya di kalangan pelajar berada di tahap yang membimbangkan. Merokok misalnya, walaupun ianya nampak kecil tetapi jika tidak dibendung akanmemberi kesan negatif di kemudian hari. Masalah penagihan dadah adalah berpunca daripada kecenderungan merokok. Pada peringkat awal mereka berjinak-jinak dengan menghisap rokok dan akhirnya mereka akan mudah terjebak dengan masalah penagihan dadah. Menteri Kesihatan pernah menyatakan bahawa tabiat merokok adalah satu punca yang menyebabkan penagihan dadah.Ini selaras dengan kajian yang telah dilakukan oleh agensi Pasukan Petugas Anti-Dadah, yang mendapati lebih 90 peratus penagihan dadah yang menjalani pemulihan terdiri daripada perokok.Untuk membendung masalah ini, kita perlu mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan para pelajar mudah terpengaruh dengan budaya merokok ini yang boleh dikatakan menjadi trend masa kini.

3.0       FOKUS KAJIAN

Masalah merokok merupakan masalah yang sering melanda di pelbagai peringkat bermula dari sekolah rendah sehingga ke peringkat paling tinggi iaitu Institut Pengajian Tinggi (IPT). Melalui pengalaman pengkaji sendiri dalam menangani masalah merokok sekolah di kalangan pelajar sekolah sememangnya terdapat faktor-faktor yang menyebabkan pelajar melakukan perbuatan salah laku merokok di sekolah.
Masalah ini perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan daripada timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada amalan merokok. Bagi mengurangkan masalah ini, langkah pertama yang perlu dicari ialah punca dan faktor yang menyebabkan berlakunya masalah merokok di sekolah seterusnya mencari jalan penyelesaian menanganinya. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh manakah faktor-faktor yang menyebabkan pelaja rmerokok dan faktor manakah yang lebih mendorong pelajar terlibat dengan gejala rokok.

4.0       OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk memperolehi dapatan dalam menangani masalah merokok di kalangan pelajar sekolah.Secara khususnya objektif kajian dalam penulisan ini ialah :
i.              mengenalpasti faktor keluarga yang mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok
ii.            mengenalpasti faktor rakan sebaya yang mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok.
iii.          mengenalpasti faktor diri sendiri yang mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok.

5.0  PERSOALAN KAJIAN

Bagi menjalankan penyelidikan ini, perkara tersebut telah difokuskan kepada beberapa persoalan penting berdasarkan objektif yang telah digariskan. Persoalan tersebut adalah :
i.     Adakah faktor diri sendiri yang menjadi faktor kecenderungan merokok di kalangan pelajar                 sekolah menengah.
ii.    Adakah faktor pengaruh rakan sebaya yang mendorong pelajar sekolah menengah untuk                      merokok?
 iii.   Adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar sekolah menengah merokok?

6.0       KUMPULAN SASARAN

Sampel responden yang dipilih bagi menjawab soal selidik ini melibatkan 20 orang pelajar lelaki -tingkatan lima di SMK Tok Perdana. Responden kajian ini terbatas kepada pelajar yang dikenalpasti mempunyai rekod salah laku merokok berdasarkan rekod kaunseling.

7.0       KAEDAH KAJIAN
Reka bentuk kajian adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah kuantitatif  iaitu melalui penggunaan set soal selidik.Pemilihan reka bentuk deskriptif dalam kajian ini adalah kerana kesesuaiannya untuk mengumpul maklumat mengenai perkara yang dikaji, maklumat dan butiran yang dikehendaki. Borang soal selidik yang diedarkan kepada responden dan telah dibahagikan kepada tiga bahagian.Bahagian pertama (A) mengandungi item berkaitan latar belakang responden. Manakala Bahagian kedua (B) pula mengandungi item yang merupakan soalan mengenai faktor yang berpunca daripada diri sendiri dalam amalan merokok. Manakala bahagian ketiga (C) mengandungi item yang merupakan soalan mengenai faktor yang berpunca daripada rakan sebaya dalam amalan merokok. Bahagian keempat (D) pula mengandungi item yang merupakan soalan mengenai faktor yang berpunca daripada keluarga  dalam amalan merokok Selain itu, bahagian ini juga akan menjawab persoalan seperti peratusan usaha pelajar untuk meninggalkan amalan merokok. Pada bahagian ini juga pelajar akan menjawab tentang kesedaran  mereka tentang masalah kesihatan akibat daripada tabiat merokok.

8.0       DAPATAN KAJIAN

Melalui data yang diperolehimelalui item soalan yang berkaitan dengan tujuan kajian telah diproses dan dianalisis secara statistic deskriptif. Dan data tersebut ditunjukkan dalam bentuk carta. Oleh itu, beberapa perkara dapat disimpulkan bahawa :

8.1.      1.     Faktor Diri sendiri

Faktor ini memainkan peranan besar yang menyebabkan responden terlibat dengan aktiviti merokok.Hasil daripada kajian yang menggunakan borang soal selidik, kebanyakkan responden mengatakanbahawa amalan merokok ini adalah satu perkara biasa yang dilakukan oleh remaja.Ada pendapat yang mengatakan pelajar sekolah terutama yang berada di peringkat remaja mengalami pelbagai krisis seperti mengalami perubahan fizikal dan emosi serta mencari identiiti diri. Masa peralihan antara alam kanak-kanak dan dewasa ini merupakan suatu zaman yang penuh dengan keributan dan tekanan, dimana mereka pada masa yang sama perlu menyesuaikan diri dari segi hubungan dengan orang dewasa, memenuhi harapan masyarakat sekitarnya dan juga ketidakupayaan untuk melihat realiti. Hal ini jelas di kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah, dimana mereka keliru dan tidak memahami peranan diri sendiri serta tanggungjawab mereka dalam memenuhi harapan keluarga dan masyarakat.

Disini boleh difahami bahawa keremajaan menjadi salah satu faktor penglibatan pelajar dengan masalah dsiplin atau gejala sosial.Melalui hasil dapatan yang telah perolehi, jelas menunjukkan peratusan yang tinggi bagi item seseorang individu remaja tersebut mempunyai keinginan yang kuat untuk  mencuba sesuatu yang baru. Kemungkinan mereka merasa bahawa mereka telah dewasa dan sudah boleh membuat keputusan sendiri. Hal ini menyebabkan  keputusan yang diambil tidak tepat. Mereka juga tiada kesedaran diri mengenai amalan merokok dan kurang didikan agama.Oleh itu, mereka perlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang dewasa. 


Jadual 1 :Keputusan peratusan daripada diri sendiri

8.1. 2.       Faktor Rakan Sebaya 


Menurut kajian yang dijalankan oleh Wan Norsiah juga bahawa pengaruh rakan sebaya adalah juga antara faktor yang kuat dalam gejala sosial.Beliau menghubungkan kaitan antara faktor ibu bapa dan rakan sebaya dalam mencetus dan menyemarakkan gejala sosial pelajar.Beliau menjelaskan ajakan daripada rakan sebaya mudah diterima.Ini kerana rakan sebaya adalah individu yang paling hampir dengan remaja selepas keluarga.

Ini bertepatan dengan hasil dapatan yang menunjukkan peratusan yang tinggi untuk item remaja terlibat dalam amalan merokok kerana ajakan daripada rakan sebaya. Selain itu juga, kebanyakkan remajagagal dalam memilih rakan sebaya mereka bagimencurahkan masalah yang dihadapi dan seterusnya menjadikan mereka sebagai pakar rujuk dalam membuat sesuatu keputusan. Selain itu, peratusan sebab mereka memilih rakan sebaya untuk mencurahkan masalah yang dihadapi ialah kerana ibu bapa dan keluarga tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang adil dan secukupnya.Peratusan bagi setiap item yang telah di analisis boleh dirujuk pada jadual 2.

Secara keseluruhan, responden memberikan persetujuan yang tinggi untuk item dalam aspek pengaruh rakan dalam amalan merokok. Peratusan untuk item Saya suka berkawan dengan rakan-rakan yang merokok adalah yang tinggi iaitu 40 peratus. Ini menunjukkan responden bersetuju pada tahap yang tinggi untuk terpengaruh daripada rakan yang merokok.


Jadual 2 : Keputusan peratusan daripada rakan sebaya

8.1. 3.        Faktor Keluarga

Laporan kabinet 1979 yang menyebut bahawa dsiplin pelajar bukan ditentukan oleh sekolah sahaja, malah alam sekitar dan masyarakat sekeliling juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembentukan dsiplin pelajar.

Hasil kajian menunjukkan peratusan remaja ini tidak banyak komunikasi berlangsung antara golongan remaja ini dengan ibu bapa mereka.Ramai remaja juga mengatakan bahawa mereka tidak suka berkongsi masalah dengan ibu bapa terutamanya berkaitan hal-hal peribadi.Komunikasi dengan ibu bapa lebih bersifat formal dan rigid.Ini mungkin anank-anak remaja ini tidak suka dikawal. Merekajuga  tidak suka ibu bapa mengarah mereka dalam semua perkara. Sebab itu ada ulama yang mengesyorkan supaya ibu bapa bergaul dengan anak-anak di peringkat ini sebagai ‘sahabat’ untuk cuba menyelami pandangan dan masalah mereka.

Dengan ini mereka tidak perlu lagi menjadikan kawan sebagai penasihat yang mungkin menjerumuskan mereka ke dalam pelbagai masalah.Selain itu, item bapa seorang perokok dan suasana di rumah mempunyai perokok menunjukkan peratusan yang sederhana tinggi.Ditambah pula dengan kesibukan ibu bapa bekerja dari pagi sampai ke petang menyebabkan masa untuk bersama anak-anak amat terhad.Pengkaji mendapati ramai di kalangan ibu bapanya sibuk dengan pekerjaan memberitahu bahawa mereka bekerja untuk kepentingan anak-anak.Kebanyakkan remaja ini merasakan bahawa ibu bapa mereka menyayangi mereka tetapi hal-hal kasih sayang perlu juga di dalam kehidupan.

Merujuk kepada Jadual 3, keseluruhan untuk aspek faktor keluarga yang mempengaruhi amalan merokok boleh diklasifikasikan sebagai tahap persetujuan yang sederhana. Secara keseluruhan, responden memberikan persetujuan yang sederhana untuk setiap item dalam aspek faktor keluarga yang mempengaruhi amalan merokok. Peratusan untuk item Ibubapa sayam engizinkan saya merokok adalah yang terendah. Ini menunjukkan responden bersetuju pada tahap rendah bahawa faktor keluarga mempengaruhi amalan merokok.


(Item1: Ahli keluarga terlibat dalam amalan merokok, Item 2: Keluarga membenarkan terlibat dalam amalan merokok, Item 3: kurang komunikasi antara ahli keluarga, Item 4: Hubungan keluarga kurang erat, Item 5: Taraf ekonomi keluarga yang sederhana, Item 6: Bebas tanpa kawalan keluarga, Item 7: Didikan agama kurang ditekankan oleh keluarga )


Jadual 3 : keputusan analisis daripada faktor ahli keluarga
 

9.0       PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN 

Bagi kajian akan datang, pengkaji bercadang untuk memberi fokus yang lebih mendalam kepada faktor penyebab yang dibincangkan. Skop kajian juga perlu dikecilkan bagi memudahkan pengkaji mengenalpasti dan merancang aktiviti dan program yang bersesuaian bagi membantu pelajar yang terlibat.

No comments:

Post a comment