MAKLUMAN
PERJUMPAAN KHIDMAT BANTU MENTOR LALUAN PPDa

TARIKH:
-2 SEPT 2015
-30 SEPT 2015
-15,22,28 OKT 2015

TEMPAT: SMK TOK PERDANA

Wednesday 5 August 2015

Dadah Membawa Padah !!!!

Pada 05.08.2015 seramai 80 orang pelajar India daripada SMK Tok Perdana telah menyertai Program MINDER anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia bertempat di Dewan Indrawati, Beruas.

Salah satu slot yang mengisi agenda pada hari berkenaan yang bertemakan dadah, telah disampaikan oleh En Yogeswaran yang merupakan pegawai agensi dadah. Beliau telah memberi kesedaran mengenai dadah dan natijah daripada penyalahgunaan dadah. 

Para pelajar telah didedahkan pelbagai kesan dan akibat daripada penyalagunaan dadah. 

Pada penghujung slot, sesi soal dan jawab telah dijalankan bagi membuka ruang kepada para pelajar untuk mengajukan persoalan kepada penceramah untuk mengukuhkan pemahaman mengenai dadah.Melalui pendekatan sebegini, para pelajar dapat mengetahui lebih jelas mengenai penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat kita yang dijajah oleh musuh nombor satu negara.

#DaDaH mEmBaWa PaDaH










No comments:

Post a Comment