MAKLUMAN
PERJUMPAAN KHIDMAT BANTU MENTOR LALUAN PPDa

TARIKH:
-2 SEPT 2015
-30 SEPT 2015
-15,22,28 OKT 2015

TEMPAT: SMK TOK PERDANA

Monday, 24 August 2015

KERJASAMA DENGAN PLKN SEGARI BERSAMA MURID - MURID

Pihak PLKN Segari telah menghulurkan tangan untuk membantu pihak SMK Tok Perdana untuk menjayakan projek PPDa. Mereka telah membantu untuk program mentor mentee, program sekolah hidup tanpa dadah dan sebagainya. Selain itu, mereka telah membantu pihak sekolah untuk melukis murial dadah di sekolah. Pada masa yang sama, mereka telah mengadakan aktiviti hidup tanpa dadah bersama warga SMK Tok Perdana.

"Hidup Tanpa Dadah"

Wednesday, 12 August 2015

HIDUP SIHAT TANPA DADAH , ROKOK , INHALAN , AIDS DAN ALKOHOL



Pada 24hb Julai 2015, Cikgu Rajasegar, Cikgu Parimalar Kanni , Cikgu Devi dan Cikgu Robinson telah memberi ceramah berkaitan Dadah, Inhalan , AIDS, Alkohol dan Rokok.
Melalui ceramah ini para pelajar dapat banyak info berkaitan Dadah, Inhalan , AIDS, Alkohol dan Rokok.
Ceramah ini juga membuka jalan untuk mengetahui keburukan dan kesan negatif terhadap Dadah, Inhalan , AIDS, Alkohol dan Rokok.
Pada hari tersebut, ramai pelajar telah memberi perhatian yang sepenuhnya untuk mengetahui maklumat dan kesan buruk berkaitan Dadah, Inhalan , AIDS, Alkohol dan Rokok.

#HiDuP sIhAt TaNpA dAdAh




Wednesday, 5 August 2015

Dadah Membawa Padah !!!!

Pada 05.08.2015 seramai 80 orang pelajar India daripada SMK Tok Perdana telah menyertai Program MINDER anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia bertempat di Dewan Indrawati, Beruas.

Salah satu slot yang mengisi agenda pada hari berkenaan yang bertemakan dadah, telah disampaikan oleh En Yogeswaran yang merupakan pegawai agensi dadah. Beliau telah memberi kesedaran mengenai dadah dan natijah daripada penyalahgunaan dadah. 

Para pelajar telah didedahkan pelbagai kesan dan akibat daripada penyalagunaan dadah. 

Pada penghujung slot, sesi soal dan jawab telah dijalankan bagi membuka ruang kepada para pelajar untuk mengajukan persoalan kepada penceramah untuk mengukuhkan pemahaman mengenai dadah.Melalui pendekatan sebegini, para pelajar dapat mengetahui lebih jelas mengenai penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat kita yang dijajah oleh musuh nombor satu negara.

#DaDaH mEmBaWa PaDaH