Pengertian Rokok dan Bahaya Rokok
Terhadap Kesihatan Manusia
Baiklah! Kali ini Sahabat PPDa akan berbagi informasi tentang "Pengertian Lengkap Tentang Rokok dan Bahaya Rokok" ..... Ayuh! Lindungi Remaja dari Bahaya Rokok.
- Rokok adalah produk yang berbahaya & adiktif (menimbulkan ketergantungan) kerana di dalam rokok terdapat 4000 bahan kimia berbahaya yang 69 diantaranya merupakan zat karsinogenik (dapat menimbulkan kanser). Zat-zat berbahaya yang terkandung di dalam rokok antara yang lain ialah tar, karbon monoksida, sianida, arsen, formalin, nitrosamine dll.
- Kesan Rokok terhadap kesihatan diri sendiri sangat membahayakan . Ini akibat daripada kandungan pelbagai bahan kimia berbahaya yang ada di dalam rokok . Dengan merokok, ia sama seperti kita memasukkan bahan-bahan berbahaya tersebut ke dalam tubuh badan kita. Antara penyakit-penyakit yang diketahui ialah : kanser tekak, kanser paru-paru, kanser perut, penyakit jantung koronari, pneumonia, gangguan sistem pembiakan dll.
Pada REMAJA, masalah kesihatan jangka pendek termasuk diantaranya penyakit yang boleh timbul akibat merokok adalah gangguan pernafasan, ketagihan nikotin serta peningkatan risiko untuk menggunakan bahan berbahaya lain termasuk ubat terlarang.
Sedangkan masalah jangka panjangnya adalah kenyataan bahawa sekali orang telah menjadi perokok aktif maka biasanya akan terus menjadi perokok aktif sepanjang hidupnya.
Oleh sebab itu banyak perokok yang akan terus menjadi perokok seumur hidupnya, walaupun apabila mereka mempunyai keinginan yang kuat untuk berhenti, mereka sukar menghentikan ketagihan mereka terhadap rokok. Jumlah perokok yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, hal ini bermakna bahawa terdapat pertambahan perokok baru setiap saat yang kemungkinan besar akan terus menjadi perokok aktif seumur hidupnya.
Perokok baru tersebut sebagian besar adalah anak-anak & remaja.
Kita bersambung pada Kempen-kempen Antirokok Siri 2 ..
Semoga maklumat di atas memberi anda lebih kesedaran tentang rokok ..